Thursday, February 4, 2010

barang perkhidmatan ku


inflatable bouncies,memang kegemaran kanak kanak zaman sekarang. sesiapa ada nak buat acara,boleh lah bincang

Tuesday, April 28, 2009

aku seorang menteri

katakanlah kau mulia,
setiap yang kau temu bisa bangsawan jadinya

katakanlah kau suci
setiap yang kau jumpa bisa menjadi wali

katakanlah kau kaya
setiap yang kau beri persis menang loteri

katakanlah kau mulia,suci lagi kaya
bisakah dunia jadi syurga?

aku?
belum mulia,suci dan kaya seperti kau

tapi aku seorang MENTERI!

Monday, April 27, 2009

cinta

ramai terkesima kerana cintakan dunia.yang melalaikan.
ramai terpenjara kerana cintakan dunia yang mengasyikkan.

aku?
tak mahu terpenjara.
aku mahu akhir yang menguntungkan.
aku mahu syurga dan isinya.
walau yang paling kecil.
dan aku mulainya.
dengan bersyukur.

Friday, January 16, 2009

syukur itu mahal harganya

berapa nilai syukur mu?
ramai tidak arif nilainya.
dan bukan sebarang jauhari menilai syukur itu....

berapa?
sanggupkah kalau kau berani menukar nilai syukur mu dengan
syurga sekecil 10 ganda besar bumi?

atau nilai syukur mu hanya..sesuap nasi mengalas perut hingga esok hari..

Monday, January 12, 2009

apa yang kau tinggalkan

apa yang kau tinggalkan?
bila kau sudah sampai ke penghujung jalan
kerana kau pasti tidak lagi boleh berundur

apa yang kau tinggalkan?
bekalan yang kau bawa,harta,dan anak
tidak boleh kau bawa bersama

apa yang kau tinggalkan?
mungkin
esok lusa bila kau sudah bepergian untuk selamanya
mereka akan lupa
sentiasa

apa yang kau tinggalkan?
untuk siapa.kalau bukan untuk mereka

apa yang kau tinggalkan?
belum pasti mereka mengucap syukur
walau emas berjuta

Wednesday, December 17, 2008

kita

lidah tergigit,hati terusik,cinta tercemar adalah lumrah hidup.
persoalan hidup memang kadang kadang dan seringkali merumitkan.
cuma kebijaksanaan dan hemah dalam ilmu kehidupan selalu dapat meleraikan segala macam masalah.
dan seringkalikita lupa untuk mengadu pada yang kuasa.
dan bila kita mengadu,seringkali kita lupa untuk bersyukur atas jalan penyelesaiannya.
kita adalah punca segala masaalah kehidupan.
dan kita yang selalu merosakkan kehidupan kita.
kita.....
cumalah insan kecil yang tidak kuasa.
yang selalu angkuh atas kejayaaan yang entah apa apa.

Monday, December 15, 2008

kawan dan sahabat

kawan.
ramai .
masa sekolah.
masa popular.
masa banyak fulus.
banyak.....
berlambak.

kawan.
ramai.....
bila perlu kita

kawan

bukan kalau tidak meminta
bukan kalau tidak membantu
bukan kalau tidak menyusahkan.

kawan....bukan yang kita mahu

yang kita mahukan ialah...

sahabat