Tuesday, April 28, 2009

aku seorang menteri

katakanlah kau mulia,
setiap yang kau temu bisa bangsawan jadinya

katakanlah kau suci
setiap yang kau jumpa bisa menjadi wali

katakanlah kau kaya
setiap yang kau beri persis menang loteri

katakanlah kau mulia,suci lagi kaya
bisakah dunia jadi syurga?

aku?
belum mulia,suci dan kaya seperti kau

tapi aku seorang MENTERI!

Monday, April 27, 2009

cinta

ramai terkesima kerana cintakan dunia.yang melalaikan.
ramai terpenjara kerana cintakan dunia yang mengasyikkan.

aku?
tak mahu terpenjara.
aku mahu akhir yang menguntungkan.
aku mahu syurga dan isinya.
walau yang paling kecil.
dan aku mulainya.
dengan bersyukur.