Thursday, November 30, 2006

:)......

pasir pasir pantai itu, berubah.

manusia juga.

Wednesday, November 29, 2006

aku dan kekayaan

hari ini, aku membaca. maksud aku, membaca dengan bersungguh sungguh,maksud aku, dengan penuh minat.
hari ini, bacaanku perihal bagaimana hendak jadi kaya.
hari ini, banyak yang aku belajar.
hari ini, aku perlu gunakan ilmu untuk jadi kaya.

hari ini......

esok.....jangan hangat hangat tahi ayam sudahlah.

Monday, November 27, 2006

rajuk .....

beberapa hari yang lalu, usia bapaku menginjak 60 tahun. katanya, ramai kawan kawannya sudah tiada. dia sungguh bersemangat menghadapi hari hari yang mendatang.

malam itu kami menunggunya hingga lewat malam. puas kami menghubunginya, namun tiada jawapan.

kata emak, mungkin rajuknya datang.

seperti kanak kanak, hati orang tua memang mudah terusik....:(

mana pepatung itu.

sewaktu kecil. bilamana aku. dan sepupu. anak sungai belakang rumah. nenek dan datuk sebelah emak.
sambil berdiri di gigi air. aku dan sepupu. sambil tangan memegang lidi. bersalut dengan getah nangka sebelah rumah.dan.pepatung yang selalu berterbangan. dengan warna yang berlainan. akan melekat diatas lidi bersalut getah itu. dan kami. akan berlari keriangan bersama getaran pepatung yang melekat.

tidak berapa lama dulu. aku. lembah itu. dan gigi air itu sudah lama tiada. dan lembah itu sudah pun bertukar landskap.

mana pepatung itu.?

Saturday, November 25, 2006

cerita dulu dulu

masa kecil kecil.dulu. sebelum tidur.emak biasa bercerita. pendek-pendek.
sekarang ini. sudah besar. dewasa. giliran isteriku pula menjadi emak.masih adakah cerita sang kancil. atau cerita nabi sulaiman. untuk diceritakan buat puteri hati kami?

Thursday, November 23, 2006

prebet dan kolonel

hari ini, aku berurusan dengan pihak tentera yang aku memang kurang arif dengan tata cara dan budaya hidup mereka. SMSkolonel" mejar dengan korporal tu , bezanya macam langit dengan bumi" .

kalau macam tu, prebet dengan kolonel macam apa ya? tak sampai hati aku nak sms soalan tu.

ayam kampung veledrom cheras

memang terangkat.!!!!! ayam kampung kat sini memang best.!!!!!
cakap pun tak guna, jommmmmmm, isi perut dengan ayam kampung veledrom yang memang terkenal senatero bandaraya kuala lumpur. ayam kampung sini memang lain dari yang lain. nak tahu, rasa sendiri!!!!!

Wednesday, November 22, 2006

kurma lah!!!!

semalam kami pergi ke pameran maha 2006. dengan satu tujuan , mencari mesin membuat lemang. kami dapat apa yang kami hajati.

akan tetapi, ada beberapa perkara yang kami perhati, tidak berapa enak untuk diakui, ramai peniaga bangsa lain mengambil peluang berniaga atas kelalaian kita. perniagaan buah kurma misalnya, nama syarikat begitu islamik, akan tetapi pemilik dan pasa ekerjanya dari bangsa lain.

dimana silapnya?

Tuesday, November 21, 2006

iman pasang dan surut, tapi perutku tetap seperti ibu yang mengandung dua bulan..:)

Monday, November 20, 2006

jalan sabar.

sabar itu separuh daripada iman. dan dengan jalan sabar itu kita lebih dekat dengan maha pencipta. kerana Firman Allah, Allah bersama dengan orang orang yang sabar. semoga kepayahan dengan jalan jalan sabar dapat menjadikan kita mukmin yang sejati. amin

:):)

life is full with unexpected stuff. do take things with extra care.:)

Sunday, November 19, 2006

cita cita.

ramai manusia, dalam meniti kehidupan. masih belum punya citia cita,kau pula bagai mana?