Friday, December 28, 2007

bulan dan matahari

soalan: kat mana boleh nampak bulan dan matahari dalam satu masa.

jawapan 1: kat dalam lukisan.

jawapan 2 : kat tepi amBULAN sambil tengok matahari kat langit.

jawapan 3 : kat taman melewar markaz pas.

jawapan 4 : kat papan iklan pantai cahaya bulan sambil tengok mentari.

muahahahaha.!

Friday, November 30, 2007

dunia

bila kau rasa mahu menakluk dunia,
teruskan cita mu walau kau dianggap gila

bila kau rasakan kau sudahpun menakluk dunia
ceritakan kepada mereka yang dunia ini tiada apa
cuma permainan dan penuh dengan fatamorgana

katakan
pada dunia

akhirat jua kekal akhirnya!

Thursday, November 1, 2007

kira kira

persoalannya, mau untung atau rugi atau mahu dosa atau pahala.

HO!HO!HO! sungguh tinggi makrifat ayat diatas.

itulah kehidupan zaman moden ini. ada perkara dalam negara sah dari sisi undang undang dunia tetapi haram dunia akhirat di sisi agama. dan ada perkara halal dunia akhirat tetapi salah disisi undang undang manusia.

pelik?

misalannya begini. jual loteri tak salah dinegara ini,tetapi dosa bagi agama rasmi.
berniaga sangat terpuji disisi agama tetapi kalau tiada lesen dihambat macam kucing kurap oleh pihak berkuasa tempatan.

beginilah kalau perkiraaan akal diguna tanpa rujukan agama.
yang menanggungnya adalah golongan marhaen macam kita. dosa pahala tiada tempat dalam kira kira.

Thursday, October 25, 2007

sakit belikat.

malam yang semakin berlabuh, dan aku masih lagi tidak lena.....

....
.....
......

belikatku agaknya sengaja mengusik, tidak diam ditempat yang sepatutnya, dan akupun menahan sakit dalam kelam malam yang panjang.

Monday, October 22, 2007

nafsu makan

puasa sudah, raya pun sudah, sekarang waktu untuk bekerja.

semalam .aku dan toye, dengan perut yang separuh lapar makan kari kepala ikan di kampung attap.
sungguh, memang sedap sungguh.
....
......
........
sambil aku meminta mamak menambah sepinggan nasi, inci dipinggang aku pasti kan bertambah sama.

Thursday, August 9, 2007

langit pun mahu dicakar

kalau manusia,bisa bina pencakar langit setinggi awan
kenapa langit mahu dicakar?
atau manusia sengaja mahu menguji kesabaran mega yang berarak
atau sekadar bertanya khabar buat kawanan burung yang menari?

kalau langit bisa dicakar, barangkali luka.
siapa yang mahu mengubatnya?
siapa boleh?

Tuesday, August 7, 2007

saje merapu

malaysia bumi bertuah.
kaya hasih bumi melimpah ruah.
ada sawit.ada getah.ada timah.
ada petrol,gas diesel dan minyak mentah.

Malaysia negara makmur.
rakyat bilang bangsa dengan semangat tidak pernah luntur.
negeri kaya itulah selangor.
kenapa banyak negeri lain masih mundur?

malayisa negara indah.
ada tanah tinggi dan tanah lembah.
pulau pulau pun cantiknya MasyaAllah
kalau bercuti sesuai sangatlah.

Malaysia negara bertuah.
capai merdeka sangatlah mudah.
bila bersukan dan juga riadah.
kalah lima kosong biasalah.

he he he he he

Thursday, August 2, 2007

Malaysia

malaysia sebuah negara kaya. stabil. harmoni.
kemanapun aku pergi, keluar negara maksudku, seringkali aku tersenyum sinis kerana ramai yang memuji dan menyanjung tanah tumpah darahku.

malaysia negara makmur,aman,damai sejahtera.
maksudku, ramai yang boleh mencari rezeki dengan sentosa, kalau tidak percaya, tanyalah ribuan warga asing mencari rezeki dibumi bertuah ini.

Malaysia negara tanah tumpah darah kami.
bukan saja bangsaku, india china kadazan.iban.dusun.jawa,minang,punjabi, dan lain lain mengaku yang negara ini adalah tanahair tumpahdarah mereka yang tercinta.

Malaysia kaya raya, hasil bumi subur,
minyak hitam ada, minyak kelapa sawit ada, timah, getah dan berbagai komoditi lain yang begitu berharga.

tapi , sebenarnya Malaysia milik siapa?

Sunday, July 29, 2007

bloq

bloq.ramai orang suka baca.ramai juga yang suka tulis.dan semacam sudah menjadi budaya baru.

bloq.ada yang mecari rezeki dengan menulis.dan ada yang mencari rezeki dengan memberi perkhidmatan melaluinya.iklan khabarnya sumber hasil penting untuk bloq.

bloq boleh jadi berkuasa.boleh jadi pengaruh besar.boleh memimpin melaluinya.

apapun, gunakanlah dengan sebaiknya.

Jangan GO-BLOQ sudah!.itupun sudah ada rakan yang mahu bloqnya dinamakan begitu.GO-BLOQ GO.!

Friday, July 27, 2007

retro dan merdeka

kenapa ramai orang suka dengar lagu retro.?

BILA radio sinar keudara. ramai yang ternanti nantikan kemunculannya. maka ramai yang tersenyum sendirian bila lagu lagu lama berkumandang.

kenapa ramai orang suka dengar lagu retro?

sebab lagu lagu lama best. sebab lagu lagu lama best. sebab lagu lagu lama best.

kenapa ramai orang suka dengar lagu retro?
sebab apa ye?
mungkin nak sambut merdeka yang kelima puluh kot?

Thursday, July 26, 2007

senyumlah

:):)
mulakan hari anda dengan senyuman.
bangkit saja dari tidur, ucapkanlah syukur, Alhamdulillah.
:)
mulakan hari nada dengan senyuman,
kerana senyuman itu adalah selemah lemah sedekah
:):)
mulakan hari anda dengan senyuman
kerana senyuman itu datang dari jiwa, dan terus kejiwa
:)
mulakan hari ini dengan senyuman
kerana senyuman itu membawa berkah
dalam mencari rezeki dan mencari hidayah.

senyumlah!!!!:):)

Wednesday, July 25, 2007

kaya

siapa tak mahu kaya ho!ho ho!

orang giler pun nak kaya. tak percaya tanya diaorang yang giler. drebar teksi pun sama, ahli politik lagi lah.

tapi, bukan semua orang boleh kaya. kerana apa?

maka, banyaklah alasan yang diberikan jika mereka gagal menjadi kaya.

antaranya,

biar miskin harta, jangan miskin budi bahasa.

ho! ho!ho!

kita tukar sket.
kaya harta,kayakan lagi budi bahasa!!!!

yes!!!! itu yang kita mahu.!
semakin kaya, semakin tinggi nilai tata susila dan adap sopan.

Tuesday, July 24, 2007

bangsa kita yang hebat.!!

kalau anda perasan, sebenarnya ramai jiwa melayu apabila bercakap dengan bukan sebangsa dengannya, akan cuba mengikut cara pewrcakapan bangsa itu.sebagai contoh, apabila melayu bercakap dengan cina, maka bunyi percakapan pun seakan cina. 'apek, sula lama tada nampak,lu mana pigi?' atau "wa!!!! lu sula manyak kaya ooo apek, mila mau belanja.?'

akan tetapi, hukum ini ada pengecualiannya. tidak bagi mereka di pantai timur. mereka akan memelayukan perkataan bangsa asing itu. sebagai contoh. 'kawe buleh adjah tu, sma matter.
cuba perhatikan. adjah dan sma matter adalah dari perkataan inggeris adjust dan small matter. hebatkan bangsa kita!

Monday, July 16, 2007

bening subuh di dubai.

suhu diluar mencapai kurang separuh tahap didih, dan aku masih menunggu zainal keluar dari bilik membuang sisa kumbahan, dan waktu masih lagi belum pun menginjak subuh.
tubek saja,wap air segera memenuhi bingkai cermin mata, dan buluromaku segera membina sistem pertahanan diri dari suhu yang tiba tiba berubah.dan waktu masih lagi belum pun menginjak subuh.

dan waktu itu, aku ingin saja pulang dan berada diatas tilam empuk bersama isteri tercinta.dan waktu pun masih lagi belum menginjak subuh.

dan aku masih punya tugas yang perlu aku lunaskan.

Thursday, June 21, 2007

ayat jangan tak ayat.

sambil air mata ibu muda itu berjujuran, seakan ada sembilu yang menusuk jiwa, buat hatinya yang telah remuk redam itu bagai hancur digilis LRT pulang petang.....

:):) boleh ke buat ayat macam nih?

Wednesday, April 18, 2007

xylophone.

aku..bukan pekak tone...sungguh...cuma aku tak tahu baca nota muzik aje.
selalunya....bila aku dan iman bermain xylophone....bunyi muzik yang aku dan dia mainkan memang saling tak tumpah....sungguh.!!!:)

dan .....isteriku sentiasa terhibur bila iman...bermain xylophone.
dan......isteriku sentiasa menjeling bila aku....bermain xylophone...

sungguh...aku bukan pekak tone....
cuma iman yang baru tujuh bulan sudah sama hebat bakatnya dengan ku..:)

Tuesday, April 17, 2007

tersungkur di kuala lumpur?

sedang pantai pun berubah, inikan pula kuala lumpur.:)

memang ramai yang bertaruhan nasib di kota besar metropolitan ini, dan bukan sedikit yang tersungkur jatuh , dan bangkit semula dengan sengih penuh dimuka, sambil mengenang nasib yang tak ketentuan.:)

tanya sama itu pemandu teksi, dengan seribu harapan dan impian, ingin membawa pulang wang pulang, untuk memberi harapan lain, buat anak anak dan isteri supaya terus cekal di bumi subur lagi bertuah ini. walau keringat pagi sudah kering ditelan mentari. tapi wang diimpi masih tidak ketemuan.

dan......harapan itu masih belum padam. dan masa pun berlalu. dan dari sehari menjadi sebulan, dan bulan pun sudah segan. berganti tahun. dan tua pun datang menemani urat dan kulit pemandu teksi.

dan bermuhasabahlah si pemandu taksi. dimanakah silapku.


dan...dalam dia mencari diri, yang dari dulu dia asyik jatuh dan bangun, dan tersungkur dan bangkit lagi. dan persoalan berjaya di dunia dan akhirat itu sentiasa bermain di benak akalnya.

dan....dia pun sedar....

dan airmatanya laju.....

kerana selama ini....

dia lupa..akan PENCIPTA NYA.

Saturday, April 14, 2007

alamak?????

alamak??? lamanya aku tak menconteng arang ke muka blog aku sendiri..muahahahahaha..!!!!!

aku kembali..!!!!!!!! tapi ?????

apa cerita mau tulis daaaaaaaaaa....takkan pasal politik dan ubi kayu..... idea kering sekarang...kering bagai savanna dimakan api........

ishs ishs ishhh..

lain kali aku tulis lagi.....

Wednesday, February 21, 2007

NUR awatif Shaurah binti Romzi

seratus dan empat puluh hari cuma......

dan bersemadilah dikau dengan aman....

dan sentiasalah dikau menunggu ayahbondamu dengan sabar di pintu syurga...

walau sekejap engkau dipinjam...


buat anakanda nurawatif shaurah binti romzi yang pergi menemui yang esa pada petang 19 februari 2007

Tuesday, February 6, 2007

apa yang kita cari.

antara hari yang melewati,
dan dalam ketaksuban menakluk dunia,
apakah kita yang tertewas,
walau hidup perlu di terus,
adakah kita yang terlupa,
waktu pergi setiap detik,
apakah kita sudah dewasa,
walau esok terus menanti,
adakah ia kepunyaan kita yang masih mengharap.

dan yang pergi terus jauh,
kita.............
sampai nyawa di tenggorok pun.
masih dan masih mencari....

Saturday, January 6, 2007

korupsi bahasa

aku selalu juga menjengah laman web indonesia. kerana aku merasakan bahasa negara seberang itu juga sebahagian dari rumpun melayu.

seperti biasa, bahasa seringkali menjasi masalah kerana pencemaran bahsa di indonesia sangan teruk sekali. KELUCAHAN MELAMPAU.

hari ini, memang begitu mencuit hatiku. kerana ketika aku sedang membaca dan cuba memahami isi sebuah artikel, aku terpandang satu perkataaan baru. eniwe. apa tu?

eniwe?

apa tu? apa makna eniwe?

:):)


ia sebenarnya adalah dari perkataan inggeris ANYWAY.

memang bangsa indonesia sangat kreatif.

:)