katakanlah kau mulia,
setiap yang kau temu bisa bangsawan jadinya
katakanlah kau suci
setiap yang kau jumpa bisa menjadi wali
katakanlah kau kaya
setiap yang kau beri persis menang loteri
katakanlah kau mulia,suci lagi kaya
bisakah dunia jadi syurga?
aku?
belum mulia,suci dan kaya seperti kau
tapi aku seorang MENTERI!
Tuesday, April 28, 2009
Monday, April 27, 2009
Friday, January 16, 2009
syukur itu mahal harganya
berapa nilai syukur mu?
ramai tidak arif nilainya.
dan bukan sebarang jauhari menilai syukur itu....
berapa?
sanggupkah kalau kau berani menukar nilai syukur mu dengan
syurga sekecil 10 ganda besar bumi?
atau nilai syukur mu hanya..sesuap nasi mengalas perut hingga esok hari..

Monday, January 12, 2009
apa yang kau tinggalkan
apa yang kau tinggalkan?
bila kau sudah sampai ke penghujung jalan
kerana kau pasti tidak lagi boleh berundur
apa yang kau tinggalkan?
bekalan yang kau bawa,harta,dan anak
tidak boleh kau bawa bersama
apa yang kau tinggalkan?
mungkin
esok lusa bila kau sudah bepergian untuk selamanya
mereka akan lupa
sentiasa
apa yang kau tinggalkan?
untuk siapa.kalau bukan untuk mereka
apa yang kau tinggalkan?
belum pasti mereka mengucap syukur
walau emas berjuta

Subscribe to:
Comments (Atom)