minggu lepas, keluarga sebelah isteriku bertandang ke rumah kami . ramai. dari kaka long hinga yang kecik sekali. cuma amin dan kak ah yang tak turut serta. yang lain semua ada di rumah kami. keluarga sebelah isteriku sepasukan bolasepak ahlinya.
anak kami yang sulong, baru nak masuk 4 bulan. seronok bukan kepalang. lepas sorang sorang bermain dengannya. tak menang tangan. samapi tidur pun bersama dengan pa sedara dan mak sedaranya.
dah tiga hari mereka pulang. dan anakku sekarang masih merindui mereka. runsing isteriku bila melihat keadaan anak kami tidak boleh ditinggal sendirian. pasti akan berteriakan meminta orang memangkunya.
alahai......
Thursday, December 28, 2006
Wednesday, December 27, 2006
selamat hari yaya.
selamat menyambut hari raya korban. berhati hati di jalan raya.
:):)
bila lagi nak ke tanah suci .":)
:):)
bila lagi nak ke tanah suci .":)
Wednesday, December 20, 2006
titik yang bisa
titik titik hujan,
bila turun berjujuran berterusan,
mungkin bawa berita duka,
bisa himpun bencana,
ya..
kecil jangan disangka anak......
bila turun berjujuran berterusan,
mungkin bawa berita duka,
bisa himpun bencana,
ya..
kecil jangan disangka anak......
Friday, December 8, 2006
aku, KL Klang dan reality TV
kira 25 tahun dulu.
waktu proton belum lagi menjadi jenama kebanggan nasional. waktu bas mini,leng seng, tong foong ,sri jaya dan Kl Klang adalah pilihan utama rakyat malaysia untuk bergerak dari titikA ke titik B.
Emak, kalau hujung minggu akan bawa kami adik beradik pulang ke rumah atuk dan nenek. Memang seperti satu kemestian. dah rutin.
kami nak bas. KL Klang no 51 untuk ke bas stand klang.
Emaik selalu suruh aku dan adik bernyanyi . katanya kalau aku nyanyi lagu, bas akan lebih laju dan kami akan segera sampai.
aku,patuh dan mula menyanyi.
"one way ticket, one way ticket to the moon" jerit aku.
kenapalah waktu itu tiada reality TV?
alahai............

Thursday, December 7, 2006
pokok ubi gajah.
pokok ubi gajah depan rumah memang besar.boleh panjat.dan boleh lompat. waktu kecil, selepas asar kebiasaannya aku, mak dan adik akan duduk bawah pokok tu. ambil angin kata mak.
memang duduk atas pangkin bawah pokok ubi gajah menyenangkan dan menenangkan.
biasanya jiran sebelah rumah akan tumpang teduh bersama sambil bertukar menu cerita gossip hal hal tempatan.
lama dulu.pokok ubi gajah dah lama tiada.
semua atas nama pembangunan.

Wednesday, December 6, 2006
waktu hujan
waktu dulu.bila hujan.detap diatas atap.dan air pun bercucuran.mengikut alur lekuk zinc.
aku.cari surat khabar lama. selepas beberapa ketika.sampan kertas pun tercipta. dan aku akan berada dalam dunia aku sendiri. kertas yang telah menjadi sampan sudah pun belayar.
sekarang. jangan harap kenangan itu kan berulang.
dan. hujan masih renyai.
aku masih dengan kenangan.

Monday, December 4, 2006
kecil dtimang ibu, dewasa di timang gelombang
dulu. sewaktu belum dewasa. aku. dan kawan kawan. yang kami tahu. main. main. main.
macam macam. kejar kejar. teng teng. galah panjang. batu seremban. konda kondi.lastik.tikaam. rounders. kaki tempang. terup. sembunyi.
sekarang. sudah pun jadi bapa. aku.yang aku tahu. cari.wang wang wang. pagi, petang siang malam. :):):)
jangan sampai isteri bilang. bila masa mahu main da.!!!!!!!

kabbadi
dah sudugugugududuguguguguudududugugudu.....
main nya seperti galah panjang. biasanya kanak kanak hindu yang bermain.aku.bukan hindu.
aku. islam sedari lahir.
aku pun turut bersama bermain sukan tradisi kaum hindu.seperti galah panjang. bezanya kita bermian menggunakan tenaga, akal dan suara. sambil bersuara, anda perlu melepasi kawasan sempadan pihak lawan dan menyentuh sekurang kurangnya seorang pemain lawan sebelum kembali ke kawasan anda.
dah saling sagugududugudugudu.......sampai hilang suara. kalau tak bernasib baik. anda pasti lunyai kena tangkap oleh manusia buas pihak lawan yang bersungguh sungguh. seperti mahu mematahkan setiap batang tulang anda.
memang menyeronokan bermain sambil berlari diatas habuk kayu yang kadang kadang penuh diatas baju, dan seluar..dan didalam mulut.
puas...bila terkenang zaman kecil.
dan sekarang Kabbadi sudahpun ke sukan asia.

Sunday, December 3, 2006
tarik duit.
anda percaya yang duit tu macam magnet? kalau tak percaya, cuba tanya mereka yang taksub dengan dengan idea tarik duit.
bagaimana nak tarik duit? he he he. tak tahu. jangan tanya.
cuma aku percaya, bila ada duit, duit tu boleh tarik duit lain.
macamana? tunggu. aku masih buat eksperimen.
:)

Friday, December 1, 2006
:)..aku dan cita cita
masa kecil cita cita ku ingin menjadi doktor.
masa sekolah aku masih menjadi doktor.
meningkat dewasa aku bertukar cita cita.
....
..
.
mahu kawin dengan gadis jelita.
alahai....!!!!

Subscribe to:
Comments (Atom)