Monday, December 4, 2006

kabbadi

dah sudugugugududuguguguguudududugugudu.....

main nya seperti galah panjang. biasanya kanak kanak hindu yang bermain.aku.bukan hindu.
aku. islam sedari lahir.

aku pun turut bersama bermain sukan tradisi kaum hindu.seperti galah panjang. bezanya kita bermian menggunakan tenaga, akal dan suara. sambil bersuara, anda perlu melepasi kawasan sempadan pihak lawan dan menyentuh sekurang kurangnya seorang pemain lawan sebelum kembali ke kawasan anda.

dah saling sagugududugudugudu.......sampai hilang suara. kalau tak bernasib baik. anda pasti lunyai kena tangkap oleh manusia buas pihak lawan yang bersungguh sungguh. seperti mahu mematahkan setiap batang tulang anda.

memang menyeronokan bermain sambil berlari diatas habuk kayu yang kadang kadang penuh diatas baju, dan seluar..dan didalam mulut.

puas...bila terkenang zaman kecil.

dan sekarang Kabbadi sudahpun ke sukan asia.

No comments: