pokok ubi gajah depan rumah memang besar.boleh panjat.dan boleh lompat. waktu kecil, selepas asar kebiasaannya aku, mak dan adik akan duduk bawah pokok tu. ambil angin kata mak.
memang duduk atas pangkin bawah pokok ubi gajah menyenangkan dan menenangkan.
biasanya jiran sebelah rumah akan tumpang teduh bersama sambil bertukar menu cerita gossip hal hal tempatan.
lama dulu.pokok ubi gajah dah lama tiada.
semua atas nama pembangunan.